Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Beliawanis, Berita

KASBI 09: Skuad Beliawanis Jerung Mengganas!!

Submitted by admin on December 23, 2009 – 1:50 am3 Comments

19 Disember 2009, Sabtu - Pasukan Beliawanis Shah Alam/Klang (SAK) telah menghantar dua pasukan dalam acara bola jaring dan bola tampar dalam menyahut cabaran Karnival Sukan Belia Islam (KASBI) 2009 yang bertemakan “Menzahirkan Keperkasaan Belia” bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk acara perasmian dan German-Malaysian Institute (GMI) bagi acara-acara kategori wanita.

Aksi sopan tapi menyerlah skuad beliawanis SAK

Pasukan beliawanis bersama trofi-trofi kemenangan

Justeru para pemain yang terus berkobar-kobar semangat terus memberikan permainan yang mantap meskipun cuaca ketika itu hujan. Pasukan bola tampar “Shark Alam Warriors” menentang pasukan Melaka untuk permainan pertama. Meskipun memperoleh mata terkebelakang berbanding pasukan Melaka pada awal permainan, setiap pemain terus memberi semangat antara satu sama lain dalam mengejar mata. Laungan-laungan takbir serta ” daripada surah al-Anfaal ayat 17 yang bermaksud “dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah lah yang melempar ” membakar semangat peserta untuk terus memberi saingan yang sengit. Sorakan  ”Dua Digit” juga bergema dalam memberi sokongan kepada pemain mengejar mata. Namun begitu, “Shark Alam Warriors” tetap tewas kepada Melaka.

Kekalahan terhadap Melaka sama sekali tidak melemahkan semangat pemain malahan sorakan dan laungan takbir yang bersahut-sahutan daripada penyokong SAK memberikan nafas baru kepada pemain untuk memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan. “Shark Alam Warriors” berjaya menewaskan pasukan DHL dan Penang meskipun dalam keadaan cuaca yang hujan.

Cergas dan tangkas dalam gaya sopan

Cergas dan tangkas dalam gaya sopan

Kapten pasukan bola tampar “Shark Alam Warriors”, Nor Atiqah Dollah Sani sedikit pun tidak gentar dengan pihak lawan yang sentiasa membuat servis yang mantap sebaliknya memberi permainan yang cemerlang dengan melakukan servis sebanyak 7 kali berturut-turut dalam mengutip mata ketika menentang pasukan Penang. “Shark Alam Warriors” amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya, pasukan bola tampar SAK yang diiringi dengan sokongan dan sorakan yang ceria berjaya merangkul naib Juara.

Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan pasukan bola jaring yang tewas di tangan pihak lawan.

Tahniah juga diucapkan kepada saudari Khairunnisa Mazlan, Nurul Izzah Fauzan serta Athirah Taha atlet SAK yang tidak mengenal penat dan lelah yang telah mewakili dalam kedua-dua acara bola jaring dan bola tampar.

-Siti Fatimah Abu Talib

Foto oleh: Hidayah Jasmi dan Norhismalisa

3 Comments »

  • Salam…

    barakallahufikunna!!

    masing-masing menunjukkan semangat mujahadah yang tinggi. dengan pasukan sorak yang paling ceria..

    di kala semua atlet lawan berwajah serius dalam permainan, semangat atlet SAK yang ceria berhasil mengundang kemenangan. Alhamdulillah..

    tak sabar nak tunggu next KASBI…
    Insya-Allah, lepas ni bolehlah beliawanis sekalian aktif bersukan!!!
    tahun depan, kita hantar lebih ramai atlet lagi!

  • Farha says:

    salam, boleh join ke beliawanis pembina?

  • aimi says:

    salam.betul2x

    pasukan shark alam paling ceria..

    Dan sorakan yang sangat bersemangat memberi dorongan untuk smua pemain.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.