Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita, Isu Semasa

Mari Belajar Bisnes di SPKK !

Submitted by admin on December 2, 2009 – 9:29 amNo Comment

Muak dengan masalah kewangan yang menghimpit menjelang pertengahan setiap bulan? Anda ada idea yang menarik untuk bisnes tetapi tak tahu bagaimana nak bermula?

Memiliki minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan dan mencari-cari peluang terbaik untuk diri sendiri

BACA INI!

Rujuk http://spkk.info untuk maklumat lanjut dan pendaftaran

Rujuk http://spkk.info untuk maklumat lanjut dan pendaftaran

Senario kesempitan wang merupakan suatu keadaan yang dianggap normal di kalangan para belia, lebih-lebih lagi di hujung bulan. Ditambah pula dengan kelembapan ekonomi global masa kini, keadaan kewangan para belia menjadi semakin rapuh. Penganjuran Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK) dianggap sebagai menepati masa dan keperluan para belia masa kini di dalam membentuk daya ketahanan diri mereka terhadap kemelut ini.

 

 

 

 

Antara persoalan-persoalan yang akan dibincangkan di dalam seminar ini ialah sejauh mana para belia merancang perbelanjaan seharian mereka? Bagaimanakah merancang kewangan secara bijak? Slot bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan panduan kepada para peserta terhadap pengurusan kewangan.

Disamping itu, pendedahan terhadap bidang keusahawanan juga merupakan salah satu intipati penganjuran SPKK. Bidang keusahawanan atau perniagaan merupakan suatu kerjaya pilihan yang akan diterapkan sepanjang seminar ini, sekaligus membetulkan persepsi masyarakat bahawa keusahawanan atau perniagaan bukan merupakan suatu medium survival. Dengan statistik pengangguran yang terus meningkat dari tahun ke tahun, para peserta perlu diberi kesedaran akan peri pentingnya mewujudkan peluang pekerjaan, dan bukan setakat menagih pekerjaan. Bagi tujuan tersebut, pelbagai bantuan dan khidmat nasihat telah ditawarkan kepada peniaga bumiputera melalui pelbagai agensi kerajaan seperti PUNB, MARA, INSPEN dan JAKIM . Namun begitu, masalah timbul apabila belia lebih tertarik dengan budaya makan gaji dari menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Di dalam seminar ini, peserta akan diberikan penerangan tentang perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Tokoh-tokoh jutawan muslim seperti En.Mohamad Fauzi B. Abd. Jalil (Pengerusi Eksekutif Iwani, Group), Hj. Abd. Rahman B. Mat Dali (Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah), Hj. Ahmad Radzi B. Yahaya (Servco Resources Sdn Bhd), dan En. Suhaimi Abas  (Otai Franchise Sdn Bhd) akan diketengahkan dalam seminar ini bagi menampakkan kepada belia akan individu-individu yang boleh dijadikan sebagai idola. Ini sebagai bukti bahawa orang Islam itu mampu berjaya di dalam bidang keusahawanan meskipun di Malaysia bidang ini lebih didominasi oleh golongan bukan Islam, sekaligus dapat memperbetulkan persepi negatif dan ‘double standard’ masyarakat umum terhadap usahawan-usahawan Muslim yang menjalankan perniagaan  mengikut kehendak syara’.- http://spkk.info/

 Berminat? Datanglah beramai-ramai ke:

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN

ANJURAN BERSAMA: PEMBINA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

TEMPAT: Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta

TARIKH: 13 Disember 2009 (Ahad)

MASA: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

MASUK PERCUMA!!!!

Oh ya, makanan cuma untuk 500 peserta terawal mendaftar sahaja tapi mungkin ada gerai-gerai jualan menunggu anda di sana. Jumpa nanti,ya!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.