Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Isu Semasa

Artikel:Perang Jerusalem Telah Bermula?

Submitted by admin on November 2, 2009 – 3:11 amNo Comment

Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.aqsaunderattack1

“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang Jerusalem ini dan memfokuskan usaha untuk menggerakkan potensi anggota-anggota kami dan bangsa dan menghalakan ke arah musuh utama mereka, iaitu puak Zionis,” Hamas berkata dalam kenyataannya yang dibaca oleh salah seorang pemimpinnya, Dr Salah Al-Bardawil.

Pergerakan itu juga menekankan yang Israel menyerang Masjid Al-Aqsa hari ini dengan tujuan menguji keazaman dan reaksi masyarakat Palestin and umat Islam dalam rangka untuk membiasakan diri mereka terhadap serangan cubaan itu sebagai satu dari serangan ulangan agar kemarahan umat Islam dan Palestin lenyap supaya ia membolehkan Israel lambat laun menghancurkan masjid suci itu dan melenyapkannya dari peta umat Islam.

Hamas mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dinyatakan dalam Oslo, serta beberapa negara Arab, bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa. Hamas juga menyatakan pada masa yang sama perang Jerusalem telah pun termaktub dan kemenangan sudah pasti berpihak kepada orang-orang Palestin dan juga perjuangan mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan cubaan Zionis yang berulang-ulang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kepungan yang dilakukan terhadap masjid itu adalah proses terancang untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai tindakan awal untuk membina kuil mereka.

Barhoum berkata kepada pusat media Al-Bayan bahawa serangan ke atas masjid suci umat Islam ini tidak akan berlaku jika Amerika Syarikat tidak memberi kebenaran kepada penjajah Israel untuk melakukan jenayah dan pencabulan dan juga jika PA tidak meneruskan usaha perbincangan yang memangkinkan penceroboh Israel untuk meningkatkan lagi pencabulan terhadap wilayah penduduk Palestin dan tempat-tempat suci.

Bagi pihaknya, Sheikh Hamed Al-Beitawi yang menjadi wakil Hamas dalam badan kehakiman Palestin (PLC), memberi amaran terhadap penjajahan Israel yang berterusan dan pencabulan terhadap Bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, serta menekankan bahawa Israel membuka pintu neraka kerana mereka berani menyerang Masjid Al-Aqsa.

“Satu setengah billion orang Islam tidak akan memandang sebelah mata apabila Zionis menukar Masjid Al-Aqsa kepada synagogue atau kuil,” tegas Sheikh Betawi.

Penggubal undang-undang itu menyeru menteri-menteri kerajaan PA serta pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam untuk menghentikan segala bentuk hubungan dengan penjajah Israel dan pengurusan keselamatan bersamanya.

Dalam hal yang sama, Dr Aziz Duweik, jurucakap PLC, menyeru umat Islam supaya bangkit dengan segera untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan.

“Sekaranglah masanya untuk umat Islam mengembalikan maruah dan keagungannya kerana mereka tidak harus berpeluk tubuh atau sebaliknya mereka akan ditimpa dengan kehinaan dan kerendahan selama-lamanya,” kata Dr Duweik.

Blok perubahan dan reformasi Hamas dalam sidang media memberi amaran pencabulan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyemarakkan keadaan rantau itu dan menggesa tindakan segera dilakukan untuk menghalang Israel.

Dr Yahya Moussa, ahli parlimen Hamas, berkata dalam kenyataannya kepada PIC bahawa rakyat Palestin hari ini menghadapi satu lagi jenayah Israel terhadap tanah mereka, dan keagungan sejarah dan warisan Islam mereka.

Jurucakap Hamas di tengah-tengah Gaza, Yousuf Farhat mengatakan bahawa kelemahan kedudukan Arab telah menggalakkan lagi Israel untuk melakukan serangan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa, dan menyeru ulama Islam dan para intelek untuk bersegera beramal dan mengisi tanggungjawab agama dan watan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu sidang media di Damsyik, pergerakan Hamas turut menyeru rakyat Palestin dan Arab serta umat Islam di seluruh dunia untuk menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap keganasan yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa.

Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah: Saudara Muhammad Zul Alwi Mat Adam

Naib Pengerusi PEMBINA Selangor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.