Soraya Lin Abdullah Kamal Johan Hafazan Kebangsaan
Siti Soraya Lin Abdullah Kamal telah dinobatkan sebagai johan kategori Hafazan perempuan dalam Ujian Tilawah, Tafsir, Hafazan al-Quran dan Pertandingan Nasyid Ke-28 IPG peringkat kebangsaan, baru-baru ini. Beliau yang merupakan seorang beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), mewakili Institut Pendidikan Guru (IPG) Bahasa Antarabangsa dalam pertandingan tersebut.Institut Pendidikan Guru (IPG) Pendidikan Islam Bangi pula muncul selaku juara keseluruhan berikutan kejayaannya menduduki tiga tempat teratas dalam keempat-empat kategori pertandingan, termasuk juara tilawah (perempuan) dan nasyid.
IPG Pendidikan Islam memperoleh markah 50 peratus berbanding naib johan, IPG Dato’ Razali Ismail 18 peratus dan pemenang ketiga, IPG Kent (17 peratus).
Pembinaselangor.com sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah! Semoga kejayaan saudari Soraya Lin menjadi inspirasi kepada pemuda-pemudi amnya dan barisan belia-belia PEMBINA khususnya untuk mendekati Al-Quran.


