Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

PEMBINA di Majlis Ihya’ Ramadhan JPM

Submitted by admin on October 10, 2009 – 3:58 pmNo Comment

15 September 2009- PEMBINA Selangor telah dijemput untuk bersama Majlis Ihya Ramadhan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Lembaga Zakat Antarabangsa (IZO).

ihya1Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada golongan Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam. Pihak Pembina Selangor sendiri telah menghantar delegasi seramai lima orang ke majlis ini.

 Majlis dimulakan pada pukul 5.00 petang dengan satu ceramah yang disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Kamsah yang bertajuk “Ramadhan Menjana Kualiti dan Produktiviti Insan”.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bersempena dengan majlis ini, Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Daerah Sepang, penghuni Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih (LARK) Daerah Puchong dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran daripada ahli-ahli Persatuan Ibu bapa dan Penjaga Kanak-kanak Pekak, Kuala Lumpur (PESIBA).

Pembina Selangor melihat majlis ini sebagai satu titik tolak kepada perkenalan dan kerjasama yang berkesan bersama NGO-NGO islam yang lain khususnya di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan pada masa-masa akan datang.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.