Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

Forum Kemerdekaan

Submitted by admin on September 2, 2009 – 5:06 pm2 Comments

posterfb

Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?

Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 pada 31 Ogos 2009 dan kemelut politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami hakikat kepentingan kemerdekaan kepada negara, menjiwainya, mengembalikan kesetiaan bangsa dan mengimbau sejarah silam untuk dijadikan panduan bernegara pada masa depan.

Oleh itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam & Klang dengan kerjasama Pembina Selangor maju ke hadapan untuk mengadakan inisiatif menganjurkan Forum Kemerdekaan bertemakan ‘Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam’

Tarikh
5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H

Masa
8.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi
Dewan Serbaguna Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor)

Aktiviti-aktiviti
Forum Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna & Melukis (6-12 tahun), Pertandingan Membuat Kolum, Pameran, Teka Silang Kata & Gerai Jualan.

2 Comments »

  • MarBu says:

    lagi baik klu pembina menjemput mereka yg dai latar berbeza sbg panelis..baru sesuai dgn tajuk.. ni tak, bincang tntang bersatu atas dasar akidah wlupun berbeza pndapat, tapi semua dari isma…jemput r wakil abim, gamis ke…rangkum…ni sekadar cadangan..

  • ameersyuhada says:

    cadangan yg bernas..JZKK

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.