Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

PEMBINA dalam Akhbar: Tahniah Saudara Hamdan!

Submitted by admin on July 21, 2009 – 5:38 amNo Comment

21 Julai, Selasa- Pembina Selangor ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Saudara Mohd Hamdan bin Mohd Sharif daripada PEMBINA Melaka yang telah merangkul gelaran Peserta Terbaik di Program Kembara Dakwah Kepemimpinan Belia Malaysia 2009.  Program selama seminggu ini  merupakan satu inisiatif murni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),telah bermula 3 Julai lalu. Berita mengenai program ini telah dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh semalam, 20 Julai 2009.

Berikut adalah petikan ringkas daripada tulisan yang disiarkan:

INGINKAN keputusan cepat, kadangkala terlalu ekstrem dan hendakkan nama menyebabkan gerakan dakwah tidak dapat berkembang dengan berkesan. Suka menuding jari tanpa melakukan apa-apa juga satu ancaman kepada gerakan dakwah.Gambar seperti yang tersiar dalam Berita Harian Online 20 Julai 2009

Justeru, peserta terbaik Program Kembara Dakwah Kepemimpinan Belia Malaysia 2009 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Hamdan Mohd Sharif, 23, mengajak pelbagai persatuan menggembleng tenaga melakukan dakwah ikut kemampuan.

“Semua pihak sama ada individu, persatuan atau organisasi saling melengkapi. Apa juga aliran dakwah, kita boleh menyumbang mengikut kemampuan supaya gerakan ini dilaksanakan dengan berkesan. Islam dan ajarannya tidak boleh dikembangkan kerana sifat nafsi dan suka menunjuk ‘akulah yang terbaik’ selain tidak mahu memahami orang lain,” katanya.

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional Malaysia (Pembina) itu berkata, Kembara Dakwah selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu memberi banyak maklumat kepada peserta untuk melihat kaedah dakwah dijalankan Jakim.

Pada masa sama, peserta mengalami serta menghayati pengalaman berdakwah yang dilaksanakan Rasulullah SAW iaitu berjumpa orang di luar sana untuk mengajak kepada kebenaran serta kebaikan.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Saudari Nurhazwani Abd Rani dari Universiti Putra Malaysia yang meraih gelaran peserta terbaik kategori wanita . Semoga  kejayaan Saudara Hamdan dan Saudari Nurhazwani  ini menjadi bekal inspirasi buat ahli-ahli dan sukarelawan PEMBINA khususnya  dan generasi belia di Malaysia amnya untuk semakin giat menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit demi sebuah Malaysia yang sejahtera.

 

Untuk bacaan lanjut sila klik :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20090719222540/Article

 

Berita disunting oleh,

Nur Hakim

Skuad Scoop Pembina Selangor.

Nota: Web Pembina Selangor akan menyiarkan temuramah eksklusif  bersama Saudara Hamdan berikutan kejayaan beliau ini. Insya- Allah, nantikan!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.