Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Karya Seni

PERIBADI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Submitted by admin on May 11, 2009 – 9:34 amOne Comment

 

PERIBADI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

SEMPENA: 29 MEI (PENAWANAN KOTA KONSTANTINOPEL)

 320px-edirne_kusatma_zonaro

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

 

 

        Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: “Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.”

Mungkin kita selalu dengar akan cerita mengenai kehebatan sultan ini dengan kisah runtuhnya tembok konstatinopel (Istanbul). Tapi pernahkah kita terfikir akan sejarah peribadi agung ini atau apa yang mendidiknya(tarbiyyah) sehingga beliau berhak mendapat gelaran sebaik-baik raja daripada Rasulullah SAW.

 

LAHIR

Muhammad II atau Mahmed II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404-51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum.

 

Ketika beliau lahir, ayahnya iaitu sultan murad II sedang melakukan persiapan untuk menyerang konstantinopel. Ketika itu juga telah datang seorang ulama agung ketika itu lalu berkata pada Sultan Murad II “sesungguhnya bukanlah engkau yang akan membebaskn konstantinopel tetapi bayi yang dalam buaian ini yang akan melakukannya”

 

Beliau digelar al fatih kerana keberjayaannya membebaskan Konstantinopel.

 

PENDIDIKAN

Pendidikannya bermula dengan mendalami ilmu agama. Ketika usianya masih kecil beliau telah menghafal al Quran, Hadith, Fiqh, Bahasa, dan kemahiran-kemahiran yang lain. Pendidikannya adalah dibawah tanggungjawab murabbi agungnya iaitu Syeikh Shamsuddin Al Wali yang dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

 

Beliau juga telah dididik untuk mengawal hawa nafsu dengan dibiasakan hidup susah sehingga dia menjadi seorang ketua yang kental jiwanya. Antara faktor yang menolaknya untuk bersungguh-sungguh adalah kata-kata gurunya dengan menyatakan bahawa beliaulah yang akan menjadi sebaik-sebaik raja seperti didalam hadith Rasulullah SAW yang membuatkan ianya menjadi cita-cita dan keazamannya sejak dari kecil.

 

Didalam ilmu peperangan, ayahnya telah menghantarnya kepada paglima-panglima yang hebat ketika itu untuk mendidiknya menjadi tentera yang hebat dari sudut menuggang kuda, memanah, keberanian.

Panglima tersebut turut mengajarnya untuk menjadi general tentera yang hebat dari sudut strategi dan meberi arahan. Selain itu, beliau selalu mengikuti ayahnya ke medan perang bagi menjamkan fikirannya tentang strategi.

 

Dari sudut pemerintahan, ketika usianya 11 tahun beliau telah dihantar oleh ayahnya ke Amasya menjadi gabenor di sana. Kemudian pada tahun berikutnya beliau telah menggantikan ayahnya menjadi khalifah selama 2 tahun ketika ayahnya pergi ke Anatolia. Di tahun ketiga beliau telah memberikan kembali takhta tersebut kepad ayahnya kerana berlaku peperangan Varna.

 

Dari sudut akademik, beliau terkenal dengan kemahirannya dalam matematik dan bahasa. Ketika usianya 21 tahun beliau mampu untuk bertutur dalam 7 bahasa iaitu: Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

 

ZAMAN BELIA

Antara kehebatannya adalah sejak baligh beliau tidak pernah meniggalkan tahajjud, sunat rawatib dan solat wajib yang kebanyakkannya di masjid. Beliau juga telah berkahwin dengan Valide Sultan Amina Gul-Bahar, sorang wanita Greek Orthodox yang membawa kepada lahirnya Beyazid II yang menggantikan beliau.

 

MENJADI KHILAFAH

Pada usia 19 tahun beliau telah menjadi khilafah menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia. 2 tahun awal setelah beliau dilantik, beliau telah melakukan 3 perkara:

1.       Membina kekuatan luarna( ketenteraan) dengan:

a.       Menghantar special force untuk membebaskan seorang saintis meriam di penjara  Romawi.

b.      Mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu .

c.       Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit bertujuan untuk memerhatikan kapal-kapal yang lalu disitu serta menghalang bantuan ke Konstantinopel. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta dalam mebina benteng ini.

2.       Membina kekuatan dalaman(rohani) rakyatnya dengan selalu menyuruh mereka bertaqwa pada  Allah dan banyak memberi khutbah tentang jihad untk membakar semangat.

3.       Mengkaji sejarah-sejarah Islam tentang usaha-usaha untuk membuka Konstantinopel sejak tahun 44H dan kesilapan-kesilapan mereka yang membawa kepada kegagalan.

 

Setelah beliau berjaya membuka konstatinopel beliau telah meneruskan ekpidisinya ke eropah sehingga menawan Italy dan hampir menwana kebanyakkan negara eropah namun cita-citanya itu tidak tercapai.

 

 

WAFAT

Banyak pendapat tentang sebab beliau meninggal dunia tetapi pendapat yang masyhur menyatakan beliau telah diracuni oleh tabib beliau Maesto Jakopa yang merupakan seorang yahudi. Keitka itu umurnya 46 tahun dan telah memerintah selama 26 tahun.

 

KEHEBATANNYA

  •          Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
  •          Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri
  •          Gelaran yang diberikan oleh Barat kepadanya ialah “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. 
  •          “Beliau seorang pemimpin yang hebat dan mempunyai strategi terhebat kerana berjaya menukar tanah menjadi laut”                             -ahli sejarah Byzentine-
  •          Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al- Ayubbi  (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). -sejarawan Islam-

SUMBER: wikipedia dan banyak blog-blog ustaz.

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.