Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

Kejohanan Futsal Remaja dan Belia 2009

Submitted by admin on April 18, 2009 – 8:03 amNo Comment

­

untitled2

Pada 22 Februari 2009 yang lepas, PEMBINA Selangor telah menyahut cabaran dari PEMBINA Negeri Sembilan dengan menyertai Kejohanan Futsal Remaja dan Belia 2009 yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Negeri Sembinan. Diletakkan di dalam kumpulan D bersama dengan 2 pasukan lain, pasukan PEMBINA Selangor yang diwakili 7 orang aktivis, telah berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila berjaya menduduki tempat kedua.

                Berbekalkan dengan satu kemenangan dan satu kalah dalam peringkat kumpulan, pasukan PEMBINA Selangor berdepan tugas yang mencabar apabila diundi menentang juara bertahan pasukan dari Kolej Mara Seremban (KMS). Kekuatan pasukan juara bertahan ini memang tidak dapat disangkal lagi apabila pasukan PEMBINA Selangor akur dengan kekalahan 5-1. Pasukan KMS ini akhirnya berjaya masuk ke final dan seterusnya mempertahan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Kekalahan pasukan PEMBINA Selangor sedikit terubat apabila pihak penganjur bersama iaitu PEMBINA Negeri Sembilan dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan menyediakan hamper saguhati kepada setiap pasukan yang meyertai kejohanan.

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.