Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

Kursus Photoshop & Design PEMBINA

Submitted by admin on April 14, 2009 – 12:01 pmNo Comment

 

dsc_3064-large
Bertempat di Pejabat ISMA Shah Alam Klang, pada 5 April 2009, PEMBINA Shah Alam Klang telah berjaya menganjurkan sebuah kursus ringkas penguasaan kemahiran Photoshop dan seni rekaan grafik. Kursus ini merupakan projek perintis dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar di kalangan ahli PEMBINA untuk memanfaatkan media sebagai satu cara penyebaran mesej yang efektif.
 
Bermula pada lebih kurang 10 pagi, para peserta didedahkan mulanya dengan kemahiran penguasaan teknikal Photoshop melalui slot 1 kursus ini. Para peserta diterangkan fungsi dan kemampuan sebenar hampir setiap alat-alat di dalam Photoshop melalui cara demonstrasi, penerangan, dan sedikit nota sebagai bantuan.
 
Selepas berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, slot 2 dimulakan. Di dalam slot ini para peserta diuji kemahiran teknikal Photoshop yang diajar melalui tugasan-tugasan berkumpulan yang praktikal dan berbentuk realiti. Hasil-hasil kerja kemudiannya dinilai sesama peserta dan diberi kritikan membina oleh Fasilitator.
 
Slot ini kemudiannya disusuli oleh slot terakhir di mana para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dan kefahaman tentang nilai-nilai yang penting dalam menghasilkan satu rekaan grafik yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej serta memberi impak yang besar kepada para penonton di kalangan masyarakat belia yang serba moden.
 
Hampir kesemua peserta menyatakan kepuasan setelah mengikuti kursus ini walaupun ringkas dan padat. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan izin Allah.
 
PEMBINA sangat mengambil berat tentang pembinaan potensi dan kemahiran ahli dan kursus ini merupakan antara projek-projek yang telah dirancang oleh PEMBINA dalam rangka itu. Diharapkan melalui kursus ini PEMBINA dapat melahirkan ramai lagi tenaga pakar di dalam bidang media untuk manfaat penyebaran mesej PEMBINA.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.