Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

Kejohanan Bola Jaring Remaja Dan Belia 2009

Submitted by admin on April 12, 2009 – 8:12 am3 Comments

 

untitled-2

Seawal pagi, 13 orang wakil PEMBINA Shah Alam memulakan musafir ke Stadium Paroi, Negeri Sembilan dengan menaiki dua buah kenderaan. Ukhti Saidatunnisa Sujan yang mengetuai perjalanan ini, alhamdulillah berjaya membawa kami dengan selamat ke tempat yang dituju. Perjalanan selama lebih kurang sejam tak terasa penatnya, walaupun masing-masing terlena.

 

Ketibaan kami di Stadium Terbuka Paroi disambut hangat pihak urusetia kejohanan yang terdiri daripada wakil Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan dan PEMBINA Negeri Sembilan. Walaupun kami tiba agak lewat, kami masih sempat melakukan aktiviti stretching bagi memanaskan badan sebelum memulakan perlawanan.

 

Apabila menyaksikan pasukan dari UIA kalah ditumpaskan pasukan dari UNITI 2, kami menyedari para pihak lawan bukan calang-calang pemain. Lalu, strategi mula disusun bagi menyusun barisan penyerang dan pertahanan. Walaupun kami bukanlah pemain yang berpengalaman, masing-masing mengutarakan idea-idea dan strategi yang terbaik.

 

Pasukan penentang kami terdiri daripada pasukan UNITI 1, Kolej Mara Seremban, Kolej Murni, dan USIM 2 yang mewakili Kumpulan A manakala Kumpulan B diwakili pasukan UNITI 2, USIM 1, UIA dan Seremban. Persaingan sengit di antara semua pasukan menyaksikan kedua-dua pasukan dari UNITI menempah tiket ke peringkat akhir.

 

untitled-1

 

Walau bagaimanapun, pasukan Pembina Shah Alam tetap pulang membawa hadiah saguhati. Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir, kepuasan jelas terpamer di wajah pemain-pemain yang bertungkus-lumus mengalahkan lawan. Akan tetapi, yang paling penting adalah semangat kesukanan dan ikatan persaudaraan yang terjalin, jelas semakin erat.

 

Setelah penyampaian hadiah berakhir, kami menunaikan solat Zuhur-Asar jama’ taqdim di Masjid berdekatan. Musafir kami tidak berakhir setakat itu, kami tak mahu melepaskan peluang untuk menikmati juadah tengahari di tepi Pantai Port Dickson walaupun cuaca mula menunjukkan tanda mahu hujan.

 

Setibanya kami di tepi pantai, hujan mulai turun membasahi bumi. Namun, senyuman tetap terpamer tatkala terpaksa berteduh di bawah pondok beramai-ramai. Kami menikmati juadah tengahari seadanya dan hujan pun mulai reda.

 

Setelah menjamu mata dengan kebiruan laut dan langit ciptaan Allah s.w.t, kami pun berangkat pulang ke kawasan masing-masing.

 

3 Comments »

  • hud_hud says:

    insyaallah..syabas..walaupun tak dapat masuk separuh akhir..pemain2 tetap bersemangt..tak pe..akhwat kene kekalkan team netball ni utk game seterusnya,,tapi kene ada wat latihan..

  • muslimat says:

    salam..yela mana tk nya…tak wat latihan terus ja main..
    lepas ni semangat nak main lagi….mesti menang…

  • sumayyah says:

    alhamdulillah, terus maju beliawanis, make ummah proud.. mabruk!!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.