Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Bedah Buku

Apa Erti Saya Menganut Islam?

Submitted by admin on March 28, 2009 – 10:44 pmNo Comment

fathi-yakan

Judul Buku : Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Judul Arab : Maza Yakni fi Intima’ lil Islam

Penulis : Dr Fathi Yakan

Penterjemah : Alias Othman

Penerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Harga : RM7.50

                                  Bil Mukasurat : 254

 

Masalah dan isu pelbagai yang melanda umat Islam dewasa ini tidaklah berpunca hanya kerana serangan musuh Islam dan agenda penindasan antarabangsa ke atas dunia Islam. Ia juga bukan akibat takdir Allah swt yang mahukan Islam ditindas sedemikian rupa. Punca utama adalah keadaan umat Islam itu sendiri yang tidak memahami cara hidup Islam dalam rangka sebenar.

 

Jadi buku ini ditulis supaya umat Islam sedar akan peri pentingnya mereka mengetahui apakah ertinya menjadi seorang Islam. Seperti mana anda bekerja sebagai seorang doctor, anda perlu melakukan tugas selayaknya kerja seorang doctor barulah anda dikira sebagai seorang doctor yang betul. Jika anda seorang jurutera, anda perlu mengaplikasi ilmu kejutureraan itu dan barulah anda menjadi seorang jurutera.

 

Tidak cukup sekiranya seorang itu hanya mengetahui dan lulus di universiti dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan untuk digelar sebagai doctor dan jurutera. Begitu halnya, seseorang yang mempunyai nama Islam, mewarisi Islam daripada ibubapa dan mengetahui ilmu-ilmu Islam, belum lagi menjadi Muslim yang sempurna.

 

Jadi dengan menghayati dan merenung di dalam buku ini, diharapkan pembaca dapat menyedari sisi-sisi kehidupan Islam yang telah diabaikan, memperbaiki dan memperkuat sisi-sisi lemah dan kuat serta menyampaikan kepada umat Islam yang lain.

 

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian:

 

Bahagian Pertama:

  • Mukadimah Bahagian Pertama
  • Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
  • Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
  • Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak
  • Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
  • Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
  • Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam

 

Bahagian Kedua:

  • Mukadimah Bahagian Kedua
  • Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam
  • Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib
  • Bab 3: Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah
  • Bab 4: Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam
  • Bab 5: Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah
  • Bab 6: Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami
  • Bab 7: Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan

 

Bahagian pertama menjelaskan ertinya Islam kepada seorang individu. Sesungguhnya penggabungan diri dengan Islam bukanlah semata hobi dan keturunan. Apabila seseorang menggabungkan diri dengan Islam, maka wujudlah persefahaman, tuntutan dan tanggungjawab di antara satu sama lain. Islam itu adalah rahmah kepada seluruh alam, dan itulah jaminan Allah kepada mereka yang menggabungkan diri dengan Islam. Sehubungan dengan itu, mereka yang menggabungkan diri dengan Islam juga mempunyai tanggungjawab kerjasama, iaitu menjadi seorang Muslim yang sebenarnya. Dengan itu, perincian seorang Muslim yang sebenar itu telah diberikan dari segi akidah, akhlak,Ibadah, keluarga, diri dan meyakini masa depan Islam. Dengan ini sempurnalah individu itu dari sudut dirinya sendiri.

 

Namun, Islam itu sendiri bukanlah agama individualistik, tapi rahmatan lil alamin. Syarat menjadi Muslim yang sempurna ialah menjadi penyebar dan pejuang Islam. Jadi, tidak cukup bererti seseorang itu hanya duduk diam dengan Islamnya, menjaga akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, keluarganya tanpa bergabung dalam saf perjuangan Islam untuk menegakkan Islam.

 

Buku ini menyedarkan pembaca hakikat kehidupan Islam yang sebenar. Pembaca dapat menggarap dan menjadikan buku ini sebagai panduan. Pembaca dapat menghadam tulisan ini yang ditulis oleh tokoh yang berpengalaman dan bahasa yang mudah dicerna.

 

Buku ini sangat bermanfaat kerana segala dalil dan hujah dikuatkan dengan dalil Al-Quran dan Hadith Sahih. Gaya muhasabah dan kritikan diri sebagai olahan bahasa juga sangat membantu pembaca untuk berfikir. Buku ini menggunakan kata ganti nama pertama (saya) bagi menghidupkan ruh pembaca dan mengeratkan hubungan antara pembaca dan penulis.

 

Kesimpulannya, buku ini adalah buku yang perlu dihadam oleh semua Muslim sebagai asas pemahaman. Selayaknya buku ini perlu ada bagi setiap individu Muslim.

 

 sls-081

 

 

M Zul Alwi Mat Adam
Unit Latihan
PEMBINA Shah Alam & Klang

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.