Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Berita

Seminar Lepasan SPM 2009

Submitted by admin on March 23, 2009 – 5:07 amNo Comment

sls-06
Seminar Lepasan SPM 2009

Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh Pembina Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.

Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat. Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.

Program ini dimulakan dengan slot ‘Jati diri mahasiswa’, diikuti oleh slot ‘What’s Next?’ sebelum berhenti rehat pada waktu Zohor. Program diteruskan kemudiannya dengan sesi penerangan tentang ‘interview’ dan tips-tips menghadapinya, disusuli oleh ‘mock interview’ oleh fasilitator, sebelum ditutup dengan slot latihan menghadapi ‘interview’ oleh kesemua peserta lelaki dan perempuan.

” Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA.” ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.

Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.
Gambar di Seminar Lepasan SPM 2009

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.