Selamat Datang Ramadhan!
August 19, 2010 – 8:13 am | No Comment

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan!
Selamat datang Ramadhan. Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia ini. Bulan yang dilimpahi rahmat dan keampunan bagi yang inginkannya. Bulan yang dilipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan sunat dan fardhu. Bulan yang diwajibkan amalan puasa ke atas umat Islam seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:
“Hai orang-orang [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Home » Bedah Buku

Umar Abdul Aziz, Peribadi Zuhud Penegak Keadilan

Submitted by admin on March 15, 2009 – 5:27 am7 Comments

 


umar-abd-aziz

  Kandungan;

- Bahagian 1 - Biografi Umar Bin Abdul Aziz
- Bahagian 2 - Keperibadian Dan Kisah-kisah Umar Bin Abdul Aziz
- Bahagian 3 - Khutbah-khutbah Umar Bin Abdul Aziz
- Bahagian 4 - Surat-surat Umar Bin Abdul Aziz

 

Buku ini menggarap kisah-kisah dalam kehidupan Khalifah Rasyidin kelima, Umar ibn Abd Aziz yang diambil dari karya-karya lama Islam (thurats) yang sukar dicari. Penulis buku ini mengumpul karya-karya lama Islam ini bukan dari dunia Islam kerana banyak sekali karya ini telah hilang dari simpanan orang Islam. Maka karya tulisan ibn Jauzi tentang Umar ibn Abd Aziz ini yang telah dijumpai daripada Perpustakaan Berlin di benua Eropah menjadi sumber dalam penulisan biografi ini.

 

Lantaran itu, usaha penulis mengumpul biografi khalifah agung ini yang cukup sedikit kisah hidupnya diceritakan dengan mendalam adalah usaha yang murni dan mendedahkan hakikat hidup kita, melenyapkan kedahagaan ilmiah ilmuan, juga mengubat kerinduan pada mujaddid pertama Islam setelah wafatnya Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin.

 

Buku ini mengambil cebisan kisah-kisah yang berharga, lalu dikumpul menjadi peti sejarah yang mahal untuk kita tatapi dan hayati wali Allah yang satu ini, mirip benar dengan kehidupan Rasulullah saw.

 

Sayyidina Umar bin Abdul Aziz adalah peribadi yang soleh, bertaqwa, ahli ibadah, wara’ dan zuhud. Di samping itu, ia adalah seorang pemimpin yang adil, lurus, dan cerdas, mencintai dan mengasihi rakyatnya, sayang dan baik kepada mereka. Ibadah kepada Tuhannya tidak menyita perhatiannya untuk memperhatikan rakyatnya, hamba-hamba Allah. Tidak ada pembatas antara dia dan hal yang menjadi kepentingan rakyatnya sampai yang paling kecil dan remeh sekalipun. Walaupun sedemikian, berat beban khilafah dan pemerintahan serta beban politik seorang raja yang acapkali memaksa tidak tidur sama sekali, tidak membuat Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kewajibannya untuk taat beribadah kepada Allah swt.. Umar bin Abdul Aziz biasa menghabiskan siang hari dan sebahagian malam untuk kepentingan umat dan begitu selesai mengerjakan semua itu, segeralah ia menjelma seperti ”orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya” (az-Zumar: 9).

 

Daripada kitab ini, seseorang boleh belajar apa yang dia perlukan di dunia dan akhirat, dan dia akan mendapatkan faedah yang agung darinya.

 

Seandainya pembaca kitab ini adalah seorang pemegang kekuasaan, dia akan mengetahui biografi tokoh penegak keadilan yang sangat bijaksana dalam menyikapi rakyatnya. Ia akan menemukan kebenaran Umar bin Abdul Aziz sebagai sosok yang mencintai amanah dan menjaganya. Amanah yang telah mempengaruhi seluruh pola kehidupannya, dan Umar menghadap Tuhannya dengan komitmen menegakkan keadilan dan pahala agung dari Tuhannya telah menantinya.

 

Jika dia seorang yang alim,dia akan belajar dari Umar apa yang semestinya dijaga oleh para ulama dalam berkata dan berbuat serta apa yang seyogianya ia lakukan dalam menasihati masyarakat dan dalam membenarkan sebuah kekeliruan atau penyimpangan dari kebenaran. Pada akhirnya, seorang ulama benar-benar menyampaikan hak Allah dan hak ilmu yang ada pada pundak mereka, dan mereka benar-benar melaksanakan perintah Allah, iaitu amar ma’ruf nahi munkar dan menyebarkan ilmu kepada sesama manusia.

 

Jika dia orang kaya, ia akan belajar darinya bagaimana ia menginvestasikan kebaikan dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah swt, bagaimana meletakkan harta pada tempatnya. Akhirnya, ia akan merasa ringan untuk berbuat baik kepada fakir miskin yang tidak berdaya apa-apa di muka bumi ini. Dengan harta itu, ia menyantuni kaum lemah dan miskin, menginfakkan di jalan Allah dan amal kebajikan. Dengan demikian, ia telah menemukan kenikmatan dan kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan dunia, juga mendapatkan segala hal yang berkaitan dengan kebahagiaan hidup di akhirat. Ia telah mendapatkan kehidupan dunia akhirat dan mendapat dua kebajikan.

 

Jika ia termasuk ahlul-khashashah, iaitu orang yang mencintai kebaikan dirinya, ia akan tahu darinya bagaimana bersikap qana’ah dan ’affaf (menjaga kehormatan), rela dengan kesahajaan, jiwanya sama sekali tidak tergoda oleh kemewahan, jalan hidupnya tidak ia tempuhi kecuali ketakwaan. Dia hidup dengan penuh bangga sebagaimana hidupnya orang-orang kaya dan tatkala kembali menghadap Allah, ia memetik pahala orang-orang yang bertaqwa.

 

Jika dia termasuk orang yang terkena goyangan zaman hingga lenyaplah kesabarannya dan ia terperosok dalam kegelapan perasaan putus asa dan kepekatan gelombang hitam, sirah Umar ini akan mengajarnya sifat-sifat hikmah dan bijaksana serta contoh-contoh keteladanan, bagaimana bersabar pada kesusahan, ridha pada keputusan Allah, hingga hatinya merasakan kesejukan dan keyakinan serta termasuk orang-orang yang disifati Al-Quran;

 

”Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (al-Baqarah: 157)

 

Jika dia tidak termasuk semua itu, dalam kitab ini tetap akan didapati manfaat-manfaat dalam memperbaiki hidupnya seta memberinya kemanfaatan setelah mati. Hal itu kerana sejarah tokoh agung dan pemimpin mulia ini mengandung banyak keutamaan dan sifat mulia, sekaligus menunjukkan mungkin sekali memakmurkan agama tanpa kerosakan dunia, bahawa manusia jika bertaqwa, ”dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya” (an-Naazi’aat: 40) Allah akan segera menggelar pertolonganNya.

 

 

Bedah Buku: Umar Abd Aziz; Peribadi Zuhud Penegak Keadilan

 

 Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)

Mukasurat = 204
Penulis = Abdullah Bin Abdul Hakam
Pengantar Oleh = Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Penerbit = Alam Raya Enterprise

 

Oleh: AMRMAS

7 Comments »

  • Kamarul says:

    Mabruk!!

    Satu ulasan yang sangat baik dan mendorong pembaca utk mendapatkan buku tersebut. Anta memang pandai menggunakan perkataan2 yang bombastik, ada yang ana first time jumpa, cth: “ia akan belajar darinya bagaimana ia ‘menginvestasikan’ kebaikan dengan harta”.
    Tahniah sekali lagi Alwi. Teruskan usaha…

  • Fuzzy_rolls says:

    Assalamualaikum,

    bagaimana cara penyampaian buku ini, Dalam bentuk penceritaan atau pun rencana? Teruskan berusaha..

  • ahmad says:

    assalamualaikum Pembina Selangor,

    satu column yang sangat menarik dan ‘best’,
    tapi saya cadangkan kalau lepas ini pembina selangor mampu untuk buat diskusi bedah buku supaya mampu melahirkan minat membaca buku berunsur islami di kalangan belia… jazakallah

  • ameersyuhada says:

    diskusi bedah buku? Satu idea yg bernas. Insya Allah akan diusahakan.

  • ameersyuhada says:

    Pembawaan buku ini berbentuk penceritaan. Dipaparkan kisah2 dalam hidup Umar Abd Aziz.

  • Fuzzy says:

    Mungkin kelab pembaca pembina boleh ditubuhkan dan cadangan saudara ahmad supaya diskusi bedah buku boleh diadakan sebagai salah satu aktiviti. :)

  • rais-ul-ummah says:

    Salam…di kedai penerbit(alam raya ent) buku umar abdul aziz ade banyak lagi buku camtu…utk maklumat lanjut sila layari http://arbuku.wordpress.com/
    Jazakallah…

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at gIdols.