KLS 2009 Satu Kejayaan
January 1, 2010 – 11:01 am | No Comment

KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.

Program ini juga telah mendapat sambutan [...]

Read the full story »
Beliawanis

Artikel para beliawanis PEMBINA Shah Alam & Klang

Berita

Informasi terkini PEMBINA di sekitar Shah Alam & Klang

Isu Semasa

Isu semasa yang wajar diketahui belia

Karya Seni

Karya-Karya seni hasil inspirasi PEMBINA Shah Alam & Klang

Tinta Ad-Deen

Bersama Ust Rizal Sabran

Tinta Ad-Deen »

B.E.N.C.A.N.A
November 5, 2009 – 2:24 am | No Comment

Assalamualaikum warahmatullah.

 Salam satu perjuangan. Semoga warga pembaca pembinaselangor.com berada dalam lindungan Allah senantiasa. Ramai dikalangan kita yang mungkin tidak mengendahkan atau mahu ambil peduli mengenai sesuatu perkara yang berlaku di sekitar kita, terutamanya ketika berlaku musibah atau malapetaka.

(gambar hiasan)Jika kita melihat apa yang berlaku baru-baru ini seperti ribut taufan (yang terkini, Taufan Mirinae) , tsunami di Padang dan Samoa,  banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya, itu  semua merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap manusia. Tetapi sebahagian manusia menganggap apa yang berlaku itu hanyalah kitaran alam semulajadi  tanpa mengambil pengajaran dan iktibar walaupun  sedikit.

Saya ingin mengajak anda semua memerhatikan bagaimana al-Quran sendiri menceritakan kepada kita mengenai peristiwa-peristiwa kehancuran alam dan umat sebagai iktibar buat kita selaku umat  terkemudian. Hancurnya umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan oleh banjir besar, umat Nabi Luth yang ditenggelamkan bumi, (kaum ‘Aad) umat Nabi Hud dimusnahkan dengan ribut yang berlanjutan selama lapan hari tujuh malam, (kaum Tsamud) umat Nabi Salleh dimusnahkan dengan petir yang amat dahsyat, Firaun dan tenteranya juga merasa azab ditenggelami laut dan sebagainya.Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat Allah dalam surah Al-Haaqqah ayat 1 hingga 12  yang bermaksud;

” (kami lakukan yang demikian) untuk kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran”(al-Haaqqah : 12).

 Warga pembaca yang budiman,

            Marilah kita sama-sama menginsafi bahawa  Allah menurunkan bencana ini kepada tiga golongan :

  • 1. Orang-orang yang taat : sebagai ujian untuk meningkatkan darjat mereka
  • 2. Orang-orang yang lalai : sebagai peringatan agar mengingati Allah
  • 3. Orang-orang yang engkar kepada Allah : sebagai azab dan siksa.
(gambar hiasan)

(gambar hiasan)

Walaubagaimanapun, kita tidak sepatutnya menghukum penduduk yang ditimpa musibah itu sebagai kaum yang derhaka lantas ditimpakan bala bencana ke atas mereka oleh Allah. Boleh jadi diantara mereka ada yang taat dan soleh. Ambillah dan jadikanlah ia sebagai pengajaran dan ujian di atas apa yang berlaku itu, agar kita sendiri  tidak derhaka kepada Allah.

Antara maklumat yang saya peroleh, penduduk di Gunung Tandik, Padang, amat mempercayai amalan kurafat. Ilmu kedukunan menjadi amalan biasa mereka, samada untuk melariskan jualan, sedap makanan dll. Perjudian, minum arak, wanita yang berpakaian mendedahkan aurat, golongan lelaki yang hanya duduk di rumah manakala wanita pula yang keluar bekerja. Penduduk sudah tidak menerima dakwah kerana tanggapan mereka dakwah hanya untuk orang kafir, masjid dan surau kosong dan lengang tidak diimarahkan.

          Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali b. Abi Thalib : telah bersabda Rasulullah s.a.w : ” jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut ini, niscaya bala bencana akan menimpa mereka”. Para sahabat lalu bertanya : ” apa itu wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda :

•1.      Jika harta rampasan perang itu bertukar tangan.

•2.      Jika amanah dikira suatu keuntungan.

•3.      Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa).

•4.      Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.

•5.      Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.

•6.      Jika orang terlampau patuh kepada teman.

•7.      Ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan.

•8.      Jika orang suka bertengkaran di dalam masjid.

•9.      Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.

•10.  Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

•11.  Apabila minuman keras tersebar luas.

•12.  Apabila ramai orang memakai kain sutera.

•13.  Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan.

•14.  Apabila alat-alat muzik banyak digunakan.

•15.  Apabila umat hari ini mengutuk (mencaci) umat sebelumnya.

Apabila hal-hal serupa ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya-bahaya lain umpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa”. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tarmizi, seraya berkata : hadis ini adalah gharib, yang hanya diriwayatkan dari Saidina Ali b. Abi Thalib semata.

Saudara dan saudari sekalian,

 Kesimpulan yang dapat saya berikan di sini, bahawa benarlah apa yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran “telah jelas berlakunya kefasadan dan kerosakan di daratan dan di lautan kerana tangan-tangan manusia itu sendiri…..”. Semoga kita yang mengaku beriman kepada Allah ini kembali berpegang dan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Lakukanlah muhasabah ke atas diri kita, ahli keluarga dan masyarakat. Banyakkan memohon agar Allah memberikan kekuatan untuk melakukan ketaatan.

 Sehingga bertemu di lain masa. Wassalam.

 

Mohd Rizal Sabran,

Surau Munawwarah Seksyen 13,

Shah Alam, Selangor.

Artikel:Perang Jerusalem Telah Bermula?
November 2, 2009 – 3:11 am | No Comment
Artikel:Perang Jerusalem Telah Bermula?

Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.
“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang [...]

Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama
October 10, 2009 – 5:23 pm | No Comment
Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama

Tajuk: Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama
Penulis: Abu Ruwais Al-Syubrawi/Mohd Sabri Mohammad
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Buku ini  merupakan sebuah buku yang diterbitkan khas bagi mereka yang tercari-cari cara untuk memanfaatkan kitab yang agung ini. Sesungguhnya al-Quran telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada sekalian umat manusia supaya mereka menjadikannya pegangan hidup di muka bumi. Adalah menjadi [...]

YAHUDI Menunggu Kehancuran, Satu Fakta Al-Quran
October 10, 2009 – 4:46 pm | No Comment

 

Sumber : YAHUDI Menunggu Kehancuran Suatu Fakta Al?Quran
Diterjemahkan Oleh : Abd. Hakam Jaafar
Terbitan : Aman Palestin Berhad
Rumusan Oleh : Mohd Amirul Asyraf Mohd Hanaffi
PENDIRIAN KITA TENTANG SEJARAH BANI ISRAEL
Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa Al?Quran menuntut kita melihat sejarah Bani Israel dari sudut dan kaca mata yang betul dan dibenarkan di dalam Islam. [...]

Info Asas al-Quran
July 12, 2009 – 4:53 pm | No Comment

Assalamualaikum saya ucapkan kepada warga pembaca pembinaselangor.com,
Segala puji kita panjatkan kepada Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, para sahabat, tabi’ - tabi’in dan buat semua pendokong-pendokong dakwah yang berusaha mengembangkan agama Allah di atas muka bumi ini.
InsyaAllah dalam pertemuan kali ini, kita akan cuba menambah sedikit pengetahuan kita mengenai [...]

Nuansa Cinta Dari Kota Bharu
July 12, 2009 – 3:52 pm | No Comment
Nuansa Cinta Dari Kota Bharu

Nuansa Cinta Dari Kota Bharu
Sesuatu yang dipanggil cinta                                       
Tak bernilai dengan sifar
Walaupun ribuan dalam himpunan
Tapi bemakna dengan satu yang abadi
Yang mencitra dan mencipta sejuta lagi kesungguhan
  
Perlambangan cinta yang tulus
Umpama suria yang mencerahkan
Bintang dan bulan yang menyemangati 
Pekat malam yang tak pernah mereka persalahkan!!
  
Berbicara tentang cinta yang paling tinggi
Adalah milikNya [...]

Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas
June 23, 2009 – 1:21 am | 2 Comments
Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas

Judul Asli: Khatar At Tabarruj Wa Al Ikhtilath
Judul Terjemahan: Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas
Penulis: Abdul Baqi Ramadhun
Penterjemah: Juhial Maizar, MA
Bilangan Halaman: 238
Penerbit: Sanabil Pustaka
Harga: RM 29.50
Ulasan & Suntingan Oleh: AlAzmy & AmeerSyuhada
PENGENALAN
Bedah buku kali ini akan mengulas sebuah karya yang berjudul “Ranjau-Ranjau Pergaulan Bebas” terbitan Sanabil Pustaka. Merujuk kepada judul buku ini sahaja, telah jelas di minda [...]

Fahami Al Quran: Menurut kaedah para ulama
June 12, 2009 – 9:07 am | 3 Comments
Fahami Al Quran: Menurut kaedah para ulama

Disediakan : AlAzmy
Disunting: Ameersyuhada

Fahami Al Quran: Menurut kaedah para ulama merupakan sebuah buku yang diterbitkan khas bagi mereka yang tercari-cari cara untuk memanfaatkan kitab yang agung ini. Sesungguhnya al-Quran telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada sekalian umat manusia supaya mereka menjadikannya pegangan hidup di muka bumi. Adalah menjadi kewajipan semua orang islam untuk membaca, [...]

Tingkat Kefahaman Islam Beliawanis Bersama PEMBINA
June 12, 2009 – 8:26 am | No Comment
Tingkat Kefahaman Islam Beliawanis Bersama PEMBINA

Alhamdulillah dengan rahmat dan redha ALLAH SWT, unit Beliawanis PEMBINA SHAH ALAM KLANG telah berjaya menganjurkan KULIAH TAFAQUH dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Seksyen 2 pada semester Disember 2008-Mei 2009. Kuliah Tafaquh ini diadakan khusus untuk para pelajar universiti sekitar Shah Alam. Program ini telah disertai secara majoritinya oleh mahasiswi UiTM Shah Alam, INTEC, Unisel Shah [...]